fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah di Johor, 26 Parlimen terlibat

(Foto Mohd Taufik Mohamed Salimin)

JOHOR BAHRU, 16 April- Semua 26 Parlimen di Johor akan mengadakan Jualan Rahmah bermula bulan depan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata ia akan dibuat dua kali setiap bulan. 

Pengguna akan mendapat diskaun 15 hingga 20 peratus bagi setiap barangan keperluan yang dijual.

Lokasi dan tarikh jualan itu berubah-ubah bagi menarik kehadiran lebih ramai pelanggan.

"Kita akan tetapkan tarikh mengikut jadual di 26 Parlimen di negeri ini. Jadi 52 kali sebulan akan diadakan di Johor," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, kerajaan negeri memberi jaminan harga ayam kekal dan terkawal untuk kegunaan sepanjang musim perayaan ini.


(Foto Mohd Taufik Mohamed Salimin)

Media Baharu