fb fb fb fb fb

JKM Negeri Sembilan selesai isu kanak-kanak tidak mempunyai pengenalan status diri



REMBAU, 25 Januari - Penghuni Rumah Kanak-kanak Rembau yang masih tidak mempunyai pengenalan status diri mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

JKM Negeri Sembilan komited menyelesaikan isu kad pengenalan dan surat beranak yang dihadapi kanak-kanak di rumah itu.

Menurut Pengarahnya Rosnah Sardi, JKM  Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memastikan kanak-kanak berkenaan mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak lain.  

Sehingga kini seramai enam kanak–kanak di insitusi berkenaan yang masih tidak mempunyai pengenalan diri.
 
"Jika keadaan memaksa sehingga mereka tak dapat lagi kad pengenalan diri apabila keluar daripada institusi, kita masih ada lagi rumah perantara dimana kita masih lagi boleh bantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan diri itu," kata Rosnah pada Majlis Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Yayasan Petronas, di sini.
 
Program itu meraikan kira-kira 102 orang penghuni Rumah Kanak-kanak Rembau dengan sumbangan berupa hamper serta kit penjagaan kebersihan.
 

Media Baharu