fb fb fb fb fb

JKM mohon dapatkan perintah jagaan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

PUTRAJAYA, 14 Jun- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memohon kepada Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, prosiding itu dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.

"Adik kepada arwah Zayn Rayyan dijaga JKM Selangor dan akan dibuat siasatan sebelum ditempatkan bawah jagaan JKM.

"Kita perlu bergantung terhadap siasatan dan siasatan polis," katanya kepada pemberita di sini.

Ibu dan bapa Zayn Rayyan masing-masing Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf menghadapi pertuduhan atas pengabaian kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Kanak-kanak 2001.

Bagaimanapun kedua-dua mereka telah dimaklumkan mengenai pengambilan kanak-kanak terbabit oleh pihak JKM.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI