fb fb fb fb fb

JKKN perkasa budaya tempatan menjelang TMM 2026

Foto hiasan

Pengkalan Rama, 26 Oktober - Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) memperkasa budaya tempatan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti keseniaan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian (JKKN), Mohd Radzi Omar berkata, pelbagai program pelancongan berteraskan seni dan budaya telah dirangka untuk dilaksana.

Antara yang menjadi fokus utama adalah untuk menonjolkan seni, budaya dan warisan negara sebagai sebuah tarikan utama kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Katanya, ia berikutan pelancong asing kini lebih tertarik kepada pengalaman budaya dan warisan tempatan.

"Sebab khusus kepada pelancong-pelancong asing di mana mereka datang ke sini untuk melihat dari segi seni budaya kita, warisan kita.

"Mereka datang bukan nak tengok bangunan sebab bangunan lagi hebat di tempat mereka, jadi mereka ini mencari pengalaman untuk melihat seni dan budaya, warisan yang Malaysia ada", katanya selepas majlis Perasmian Festival Seni Selat Melaka dan Festival Sungai Melaka di sini.

Mengulas lanjut, program Festival Seni Selat Melaka dan Festival Sungai Melaka merupakan salah satu pengisian program pelancongan budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Trainee