fb fb fb fb fb

JKDM perkasa kecekapan operasi, aplikasi teknologi AI

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin / RTM

PUTRAJAYA, 9 Januari- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperkasa kecekapan operasi di lapangan dengan pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, 40 mesin pengimbas bagasi moden yang dilengkapi teknologi AI digunakan bersama kamera badan (BWC) melibatkan penugasan di pintu masuk negara serta kamera badan (BWC).

Penggunaan teknologi tersebut mampu memperkukuh kawalan dan keselamatan sempadan negara.

"Mesin pengimbas ini mampu mengenal pasti barang, barangan yang diimbas dalam masa 20 ke 30 saat dengan ketepatan 100% sekali gus meningkatkan kecekapan operasi kastam serta memperkukuh kawalan sempadan dan keselamatan negara," katanya.

Manakala bagi penggunaan BWC, beliau berkata pihaknya turut menerima kesan positif dan bakal diperluas bagi memastikan pengurusan aduan orang ramai dapat dilakukan dengan lebih telus.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE