fb fb fb fb fb

JKDM Melaka berjaya tumpaskan rokok, arak dan beras seludup

AYER KEROH, 17 Oktober- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok, arak dan beras import berjumlah RM10.3 juta.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan tersebut dari April hingga 2 Oktober lalu menerusi beberapa pemeriksaan di kawasan semenanjung terutama di Pelabuhan Klang.

JKDM menerusi risikan pihaknya berjaya mematahkan empat cubaan menyeludup rokok putih berjumlah lebih 11 juta batang, dua cubaan seludup 33,420 liter arak dan satu cubaan seludup 11,940 kilogram beras import dalam tempoh enam bulan ini.

"Kita percaya bagi rokok-rokok ini dipatahkan dalam empat cubaan seludup. Macam kes yang kedua kebanyakan rokok itu dari Vietnam.

"Jadi kita dapati cubaan seludup itu banyak menggunakan laut di pantai timur dan dari situ dia menggunakan bot-bot kecil dan di bawa ke darat untuk dihantar destinasi tertentu," dalam sidang media di Wisma Kastam Ayer Keroh di sini.

Sazali berkata antara modus operandi lain termasuk penyeludup mengikrarkan barangan diimport dengan nama barangan lain serta menggunakan premis tidak bernombor serta usang untuk menjalankan operasi pemprosesan dan pembotolan minuman keras.

Tujuh kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 135(1)(a), Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

(Datuk Sazali Mohamad)

Media Baharu