fb fb fb fb fb

TIN dan e-invois diperkenal atasi ketirisan hasil

(Perasmian Perkhidmatan Pertukaran Syiling Kocek)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Nombor pengenalan cukai; TIN dan e-invois, dua inisiatif diperkenal kerajaan bagi mengatasi ketirisan hasil dan mengurangkan kegiatan ekonomi bayangan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi tempoh 2000 hingga 2009, saiz ekonomi bayangan dianggarkan pada 30.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar; KDNK.

Angka itu kemudian susut kepada 21.2% bagi tempoh 2010 hingga 2019, antara lain didorong pelaksanaan GST.

"Bagaimana cara kita untuk mengurangkan 'shadow economy' dengan kaedah tanpa GST? Caranya adalah dengan pengumuman dalam bajet yang diumumkan oleh PM iaitu pelaksanaan e-invois.

"Nombor pengenalan cukai, TIN apabila rakyat yg mencapai umur 18 thn secara automatik individu itu sudah ada nombor, ia bermula pada Januari 2022 dan ia adalah satu perkara yang penting dalamm kita mengurangkan 'shadow economy',"katanya.

Jelasnya, e-invois akan diperkenal secara berperingkat mulai tahun hadapan berdasarkan nilai ambang jualan perniagaan.

Mekanisme itu bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pematuhan cukai negara.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Perkhidmatan Pertukaran Syiling Kocek, inisiatif terbaru itu antara usaha meluaskan jaringan pembayar cukai selain pendekatan pematuhan melibatkan aktiviti audit.


(Datuk Seri Ahmad Maslan)

Media Baharu