fb fb fb fb fb

JIM perlu terus mantapkan prestasi kerja, henti amalan tidak sesuai

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Mei- Warga Jabatan Imigresen (JIM) mesti terus memantapkan prestasi kerja sebagai satu pasukan selain menghentikan amalan tidak sesuai dengan konsep Kerajaan MADANI kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata usaha itu perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk membawa perubahan demi negara.

"Tanggungjawab kita yang amani, yang bekerja, kena ikhlas harus membetulkan. Kalau yang dulu orang kata tak betul, ada yang kata orang atas pun begitu. Saya nk kata, kita tidak begitu.

"Kita cuba bersihkan... untuk selamatkan negara kita. Jadi tanggunjawab kita bersama-sama, betulkan kelompok kecil itu dan jangan ada pandangan singgung kerana saya bersama-sama jemaah menteri semua cari jalan sebaik mungkin untuk perbaiki prestasi kita dan iktiraf," katanya semasa berucap dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri JIM di sini.

Ucapan itu berkenaan teguran kepada JIM berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang pada Khamis lepas.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh turut hadir dalam majlis itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI