fb fb fb fb fb

JIM Johor tahan 60 GRO warga asing

FOTO JIM JOHOR

JOHOR BAHRU, 29 Mac- Jabatan Imigresen Johor (JIM Johor) menahan seramai 60 warga asing menerusi serbuan di sebuah premis hiburan, di Taman Mount Austin Johor Bahru, tengah malam semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, ia melibatkan 54 wanita dan enam lelaki pelbagai negara berusia 19 hingga 49 tahun.

Beliau berkata, semua wanita warga asing itu dikesan menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara, pas lawatan sosial dan tidak memiliki permit sah berada di negara ini.

"Mereka diminta menjadi pelayan pelanggan dan menerima bayaran tips RM20 apabila menerima pesanan minuman keras berserta tempahan bilik.

"Turut ditahan, seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang masing-masing merupakan penyelia dan penjaga premis,"katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Peraturan 39 Akta Imigresen 1959/63.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE