KUALA LUMPUR, 29 Mac- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; SC mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal yang disemak semula.
Ia bagi meningkatkan standard profesionalisme dan integriti pengantara pasaran modal; CMI dalam industri.
Garis Panduan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Oktober ini, bagi memberi masa mencukupi untuk pengantara pasaran modal membuat persediaan.
Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia merupakan usaha SC ke arah memupuk kepercayaan, integriti dan mengutamakan pelanggan dalam industri pasaran modal.
Ini dapat meminimumkan risiko salah jual, mengelakkan penjejasan reputasi, mengurangkan aduan dan meningkatkan pengekalan pelanggan.
Semakan Garis Panduan boleh dibuat menerusi laman web SC.