fb fb fb fb fb

JHEKS sasar pendaftaran 1 juta pekerja

GUA MUSANG, 15 Julai- Sebanyak satu juta pekerja disasarkan berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Kamal Pardi berkata sehingga kini sebanyak 760 buah kesatuan atau kira-kira 960,000 orang pekerja di negara ini mendaftar sebagai ahli kesatuan sekerja.

Pekerja digalakkan menyertai kesatuan sekerja kerana ia bertindak sebagai perunding antara pekerja dan majikan terutama melibatkan kebajikan serta faedah yang lebih banyak kepada pekerja.

"Kita mengambil kira keadaan penduduk orang asli di sini dan mempromosikan kesatuan sekerja dalam kalangan masyarakat di negara kita.

"Kita hendak memperkenalkan JHEKS dan pada masa sama membuka peluang pekerjaan seperti Askar Wataniah kepada penduduk orang asli di Pos Brooke.

"Ini kerjasama yang dapat kita berikan dalam agensi KSM, pengambilan pekerja dijalankan oleh PERKESO dan MYFutureJobs serta beberapa syarikat di Shah Alam dan Cameron Highlands untuk mengambil pekerja-pekerja.

"Selain daripada agensi-agensi kerajaan dalam KSM, kami membuat pameran, hari bertemu pelanggan bersama masyarakat dan ahli kesatuan sekerja untuk memperkenal perkhidmatan kami," katanya selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) JHEKS bersama masyarakat orang asli di Pos Brooke di sini.

Sementara itu, Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng menyambut baik program yang memberi peluang pekerjaan kepada orang asli.

"Mereka membawa pelbagai agensi untuk ke Pos Brooke seperti PERKESO dan MYFutureJobs.

"Ini memberi peluang kepada masyarakat ini menceburi bidang baharu demi kelangsungan hidup pada akan datang," katanya.


(Pekerja digalakkan menyertai kesatuan sekerja kerana ia bertindak sebagai perunding
antara pekerja dan majikan terutama melibatkan kebajikan serta faedah yang
lebih banyak kepada pekerja)

Media Baharu