fb fb fb fb fb

Program Sentuhan Madani, 15,000 rakyat Kedah hadir

ALOR SETAR, 15 Julai- Kira-kira 15,000 rakyat Kedah hadir pada program Sentuhan Madani di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ampang Jajar, Alor Setar.

Program yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri pesawah, nelayan, penoreh getah dan pekebun kecil.

Anwar tiba di program pertama di sini kira-kira pukul 10.23 pagi sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kedah hari ini.

Turut mengiringi beliau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Selepas program di MADA, Anwar dijangka hadir melancarkan Mini Karnival Usahawan Desa peringkat negeri Kedah di pekarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani.

Anwar akan menghadiri program ramah mesra dengan masyarakat India di Kedah pada pukul 2.00 petang.

Seterusnya bersama anggota sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kampung Sungai Karangan, Kulim pada pukul 3.00 petang.

Pada pukul 5.00 petang, Anwar dijangka bersama warga kem Batalion ke-2, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim.

Anwar dijangka mengakhiri lawatan kerja ke Kedah dengan melancarkan jentera perpaduan negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak pada pukul 9.30 malam.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu