Jerebu rentas sempadan: Malaysia utamakan diplomasi dan pencegahan awal

Foto FB Zahid Hamidi

KUCHING, 16 September – Malaysia akan terus mengambil pendekatan diplomatik dengan Indonesia dalam usaha menyelesaikan isu jerebu rentas sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Utamakan koordinasi ASEAN dalam menangani jerebu rentas sempadan, bukan menuntut pampasan.
  • Laksanakan pencegahan awal bagi membendung kebakaran hutan untuk elak isu sensitif dan kerosakan lebih meluas.
  • Tingkatkan langkah proaktif dan bincang isu jerebu bersama Indonesia melalui mesyuarat khas, termasuk perbincangan di Jakarta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan perlu ditangani melalui koordinasi antara negara ASEAN dan bukannya melalui tuntutan pampasan.

“Kalau kita meminta pampasan, ia bukan satu pertanggungjawaban muktamad yang harus ditanggung oleh mana-mana negara, tetapi apabila pencegahan dilakukan lebih awal bagi membendung kebakaran hutan, tidak perlu perkara yang menyentuh mengenai soal-soal sensitif.

“Pada hemat saya, langkah-langkah proaktif wajib dilakukan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Negara, di sini.

Beliau mengulas mengenai langkah kerajaan dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang telah menjejaskan aktiviti ekonomi dan pendidikan di Malaysia.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, perkara itu merupakan antara isu yang akan dibincangkan bersama Menteri Lingkungan Hidup Indonesia, Moh Jumhur Hidayat dalam mesyuarat khas di Jakarta, esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.