fb fb fb fb fb

Jerebu: Peka dengan arahan, keadaan semasa

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan akibat jerebu yang melanda negara ketika ini.

"Pengurusan bencana turut diarahkan untuk sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasminya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, "negara kini berdepan dengan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang mengakibatkan cuaca panas dan kering serta jerebu."

Keadaan itu juga membawa indeks pencemaran udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat di beberapa negeri.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca.

(Tangkap layar facebook Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu