Jerebu: Operasi sekolah perlu seimbang antara kesihatan dan kelangsungan pembelajaran murid

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Sebarang keputusan yang diambil berkaitan operasi sekolah susulan situasi jerebu perlu mengambil kira keseimbangan antara perlindungan kesihatan murid dengan kelangsungan pembelajaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPM mengutamakan keselamatan murid dan mempertimbangkan penutupan sekolah jika keadaan jerebu memerlukan.
  • Perbincangan melibatkan NADMA, MKN, KKM dan JAS bagi menyelaraskan tindakan pengurusan jerebu.
  • NADMA akan mengeluarkan kenyataan menjelaskan penyelarasan tindakan selaras Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  • Pengurusan jerebu memerlukan tanggungjawab setiap agensi serta sokongan ibu bapa dan masyarakat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid, termasuk mempertimbangkan penutupan sekolah sekiranya keadaan jerebu memerlukan tindakan sedemikian.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Selasa.

“Insya-Allah, pihak NADMA akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi memperjelas penyelarasan tindakan dan prosedur berkaitan pengurusan jerebu selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, pengurusan jerebu memerlukan tanggungjawab semua pihak dengan setiap agensi memainkan peranan masing-masing, selain sokongan ibu bapa dan masyarakat.

“Kita mahu keputusan yang dibuat mengambil kira kesihatan dan kelangsungan pendidikan anak-anak secara seimbang,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.