Jerebu: NADMA laksana pembenihan awan di tiga negeri

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 1 September – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan Operasi pembenihan awan (OPA) di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis, susulan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin teruk di negeri tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pembenihan awan dijadualkan 3 hingga 5 September, melibatkan kerjasama MetMalaysia dan TUDM.
  • Pelaksanaan berperingkat di lapan lokasi di Sarawak termasuk Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika, Matang.
  • Di Kedah operasi di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris; di Perlis melibatkan Empangan Timah Tasoh.
  • Jerebu di beberapa kawasan serius, IPU mencapai sehingga 500; koordinasi agensi disegerakan untuk bantu kawasan terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan bermula pada 3 hingga 5 September ini menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tambahnya, ia akan dilakukan secara berperingkat di lapan lokasi di Sarawak iaitu Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang.

Manakala di Kedah, operasi itu akan dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris serta di Perlis melibatkan Empangan Timah Tasoh .

“Di Sarawak, tahap jerebu di sesetengah kawasan sudah mencapai ke paras bahaya, ada yang indeks pencemaran udara (IPU) sehingga 500.

“Kita akan melakukan pembenihan awan dengan kadar segera. Kita akan meminta MetMalaysia untuk memberikan nasihat di kawasan, terutama yang berada di tahap berbahaya ini agar luruan angin itu akan menuju ke tempat yang lokasinya sangat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 disini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, koordinasi antara agensi berkaitan sedang disegerakan bagi membantu Sarawak yang terjejas ekoran jerebu rentas sempadan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.