fb fb fb fb fb

Jenazah Taib Mahmud dijangka dikebumikan selepas Zohor

Allahyarham, 87 tahun meninggal dunia semalam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

KUCHING, 22 Februari- Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini. 

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah antara kenamaan yang dijangka hadir ke Masjid Demak untuk solat Zohor dan solat jenazah sebelum Istiadat Pengebumian Negeri di perkuburan keluarga, Demak Jaya.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri Persekutuan dan negeri serta kenamaan yang lain.

Terdahulu, Istiadat Penghormatan Negeri telah berlangsung di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi tadi.

Allahyarham, 87 tahun meninggal dunia semalam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Artikel Berkaitan:
Taib Mahmud disifatkan tunjang keharmonian Sarawak
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Lebih 30 tahun teraju Sarawak, sumbangan Taib Mahmud sangat besar


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM