fb fb fb fb fb

38 PATI tanpa permit sah ditahan di Johor

Foto Jabatan Imigresen Malaysia

JOHOR, 22 Februari- Seramai 38 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cawangan Muar, Batu Pahat, Mersing dan Segamat, dalam operasi yang dijalankan pada 19 dan 20 Februari lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir berkata mereka yang ditahan tidak mempunyai pas atau permit sah; tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas ditetapkan.

Katanya, PATI yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun.

"Penahanan melibatkan warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar. Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigrsen 1963," katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, salah seorang lelaki Bangladesh yang ditahan itu juga disiasat mengikut seksyen 55E kerana membenarkan PATI masuk atau tinggal di dalam premis.

Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh disiasat mengikut seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 959/63, manakala seorang lelaki Indonesia disiasat mengikut seksyen 55B(1) akta sama.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM