fb fb fb fb fb

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Tatacara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.

“Semakan semula ini juga adalah sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang bersidang pada 26 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta aktiviti berunsur 'Prosedur Penghasilan Aerosol' (AGP) seperti menekan perut jenazah, perlu dielakkan.

Beliau berkata, hanya dua waris yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan memakai PPE penuh serta bersesuaian dibenar menyertai urusan mandi dan kapan jenazah.

Sebelum ini, KKM menetapkan tatacara pengendalian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam hanya melakukan proses tayamum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan dan diuruskan sepenuhnya di hospital tanpa penglibatan waris.

Sementara itu, bagi pengurusan mayat bukan Islam yang dijangkiti COVID-19, Khairy berkata sekiranya prosedur 'last rite' memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan jenazah tanpa melibatkan aktiviti AGP.

Hanya dua waris yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan memakai PPE penuh serta bersesuaian dibenar menyertai prosedur 'last rite'.

Selain itu, turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah atau mayat yang dijangkiti COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

Untuk pengebumian jenazah, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat, tetapi perlu memakai PPE bersesuaian.

Jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah juga tidak ditentukan.

Bagaimanapun, individu yang hadir digalak memakai pelitup muka dan elak bersesak-sesak.

Media Baharu