
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Jenazah lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, selesai dibedah siasat kira-kira pukul 6.00 petang tadi.
- Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Raub selesai dibedah siasat kira-kira pukul 6.00 petang.
- Anak-anak mangsa, Ruby Adalia dan Ahmad Balia, selesai membuat pengecaman jenazah.
- Mayat telah dimandi dan dikafankan di unit forensik Hospital Raub oleh Team Pengurusan Jenazah Raub.
- Kesemua jenazah akan dibawa menaiki lima van jenazah dan dijangka dikebumikan berdekatan Kampung Pamah Kulat.
Sesi pengecaman selesai dilakukan oleh anak-anak mangsa iaitu Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19 Tahun dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi , 15 tahun.
Kesemua jenazah akan dibawa menaiki lima van jenazah dan dijangka meninggalkan perkarangan Hospital Raub selepas Maghrib dengan diiringi PDRM. Mayat telah selesai dimandi dan dikafankan di unit forensik Hospital Raub.
Setakat pukul 7.09 malam, hanya dua jenazah iaitu ibu dan seorang anak telah pun berada di dalam van jenazah. Proses mandi dan kafan jenazah dilakukan oleh Team Pengurusan Jenazah Raub. Kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Kampung Pamah Kulat, Raub.