fb fb fb fb fb

Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan

Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun

TAMBUN, 5 Januari - Jenazah anggota kumpulan pelawak Senario, Allahyarham Hamdan Ramli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun pada pukul 11.28 malam.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis serta kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan artis yang hadir ialah lima ahli kumpulan Senario, Wahid, Azlee, Ilya, Yassin dan Mazlan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid Abu Ubaidah Taman Perpaduan dari Johor Bahru pada pukul 10.10 malam bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Allahyarham 55 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.50 tengahari tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Hamdan sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53 tahun dan empat cahaya mata.

ROSLINA BINTI DIN