KOTA TINGGI, 6 Januari- Seramai 1,197 penduduk terjejas banjir masih berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, "Kota Tinggi masih merekodkan angka penduduk terjejas seramai 793 individu di lapan PPS.
"Di Johor Bahru, angka penduduk terjejas kekal 43 individu di sebuah PPS," katanya.
Sementara itu di Mersing, dua PPS masih beroperasi merekodkan seramai 277 individu terjejas.
Di PPS di Kluang pula kekal dengan satu PPS yang menempatkan 84 penduduk terjejas.
Dalam perkembangan lain dua jalan di Mersing masih ditutup untuk semua kenderaan melibatkan, Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Mawai Lama.