fb fb fb fb fb

Jenazah 6 mangsa kemalangan di kilometer 153 Jalan Jerangau Jabor, selamat dikebumikan

KUALA NERUS, 25 April  - Jenazah enam mangsa kemalangan di kilometer 153 Jalan Jerangau Jabor dekat Bandar Ceneh Baru Kemaman petang semalam, selamat dikebumikan hari ini.

Tuan Yah Dollah  61 tahun serta Rosliza Mat Hussin 38 tahun selamat dikebumikan kira- kira 7.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang 3, Jabi Besut.

Sementara itu, jenazah Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 22 tahun dan anak perempuannya Nor Syafinaz Naura Saiful Azwan tiga tahun selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah perkuburan Islam Felda Keratong 1, Rompin Pahang pukul 10.45 pagi tadi.

Terdahulu kedua-dua jenazah tiba ke kediaman di Felda Keratong 1, pada pukul 9.00 pagi dari Kemaman.

Jenazah Nur Alisha Mardiah Mohammad Ubaidillah Zikri dua tahun serta Abdul Halim Ismail, 71 pula telah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Padang Polis Batu Rakit kira-kira 12.45 tengah hari.

(Kedua-dua jenazah dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Pengkalan Atap
untuk disolatkan sejurus tiba dari Unit Forensik Hospital Kemaman)

Insiden semalam membabitkan dua kenderaan jenis Proton Persona yang menyebabkan empat mangsa maut dilokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia Ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan  sebelum bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan.

Media Baharu