fb fb fb fb fb

Jemaah haji Malaysia diingatkan sentiasa jaga kebersihan di maktab penginapan

pPlancaran  Program Kebersihan Maktab di Hotel Diary Al Saad, Mekah

MEKAH, 31 Mei- Jemaah haji Malaysia diingatkan agar sentiasa menjaga aspek kebersihan di maktab penginapan terutama ketika Masyair nanti.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, selain menjaga imej baik negara, aspek kebersihan di maktab mencerminkan kemabruran haji.

Jelasnya Kempen Kebersihan Maktab yang mula dilaksanakan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2018 mendapat sambutan baik daripada jemaah haji Malaysia. 

"Sebagai tetamu Allah, antara peradaban menjadi tetamu Allah ini ialah untuk menjaga kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Ini juga yang ditekankan Tabung Haji semasa kursus kursus haji di Malaysia lagi di mana ianya bukan sahaja kita menekankan hukum hakam pelaksanaan ibadat haji tetapi juga kita memberi penekanan kepada peradaban kendiri, dan kebersihan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran  Program Kebersihan Maktab di Hotel Diary Al Saad, Mekah. 

Dalam pada itu, TH turut melancarkan Pertandingan Kebersihan Bilik melibatkan kategori jemaah lelaki dan wanita di setiap maktab penginapan. 

Ia diharap dapat merapatkan hubungan silaturahim selain memupuk sifat kerjasama dalam kalangan jemaah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE