fb fb fb fb fb

Jemaah haji Malaysia diingatkan jaga kebersihan, jamin kesihatan sebagai persediaan ke masya’ir

MAKKAH, 29 Jun - Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan penginapan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ia kerana kebersihan juga sebahagian daripada ibadah selain menjamin kesihatan jemaah sebagai persediaan ke masya’ir.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kempen membudayakan kebersihan yang telah dimulakan pada tahun 2017 di masya’ir telah menjadi contoh kepada negara lain serta mendapat kepujian Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.


(Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ditemu bual media selepas Majlis Kempen Kebersihan
Maktab di Abraj Al-Janadriyah, Makkah) 

"Jadi dengan para jemaah telah bersedia dan bersama-sama, biasakan diri untuk menjaga kebersihan, maka kita harapkan kempen kebersihan di masya’ir yang telah pun kita mulakan sejak tahun 2017 juga mencapai kejayaan dengan menghasilkan perkhemahan Malaysia yang bersih di Arafah, Muzdalifah dan Mina," kata beliau pada Majlis Kempen Kebersihan Maktab di Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Bertemakan ‘Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji’, kempen yang diperluaskan ke maktab penginapan jemaah sejak tahun 2018 sebagai salah satu cara memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong di kalangan jemaah.

Media Baharu