fb fb fb fb fb

Guna perkhidmatan agensi penghantar barang dilantik TH, lebih selamat

Tambahnya, dua syarikat yang dilantik TH sebagai agensi penghantar barang adalah Pos Malaysia Berhad dan FGV Transport Services Sdn Bhd. 

MEKAH, 30 Mei- Jemaah haji Malaysia dinasihat untuk hanya menggunakan perkhidmatan agensi penghantar barang yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) sahaja. 

Pengurus Khidmat Luar TH, Zahari Zainal berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan pada barang yang dikirim menggunakan agensi luar.

Jelas Zahari, perkhidmatan yang disediakan TH dijamin selamat dan dilindungi insurans Takaful sekiranya berlaku kerosakan pada barang atau kotak yang dihantar. 

"Sebab tu kita menguar-uarkan kepada semua jemaah haji, gunakan perkhidmatan pihak TH sebab dia dijamin berbanding jika kita guna perkhidmatan di luar, jaminan tiada dan TH tidak bertanggungjawab jika sesuatu berlaku pada barangan tersebut.

"Caj penghantaran itu tidak berubah.. kita ada perjanjian dengan syarikat jadi perjanjian kita tiga tahun..buat masa sekarang tiada keperluan untuk kita naikkan jadi kekal seperti tahun lepas dan sebelumnya," katanya pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat Lembaga TH di sini.

Tambahnya, dua syarikat yang dilantik TH sebagai agensi penghantar barang adalah Pos Malaysia Berhad dan FGV Transport Services Sdn Bhd. 

Setiap bangunan penginapan jemaah haji Malaysia akan mempunyai salah satu daripada dua syarikat tersebut. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM