fb fb fb fb fb

Jelajah Ilmu UniMAP, teroka budaya dan industri pelancongan Vientiane

VIENTIANE, 11 September- Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Siri Ke-16 membuka peluang kepada delegasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mempelajari budaya setempat dan menerokai industri pelancongan di kota Vientiane, Laos.

Pengarah Pusat Libatsama Antarabangsa (CIE) UniMAP, Profesor Madya Ir. Dr. Umi Fazara Md Ali berkata sepanjang tiga hari lawatan di Vientiane, pelajar berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat budaya serta tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong di sini.

"Dalam program jelajah ilmu bersama MPP di Laos dan Thailand, sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari budaya masyarakat, sosial dan ekonomi di negara Laos serta pada masa sama, mereka dapat membandingkan di antara apa yang berlaku di Malaysia dan Laos.

Di samping itu, selain dapat menjayakan aktiviti sebegini, ia membantu mereka menguruskan acara dengan kerjasama MPP," kata Dr. Umi Fazara kepada pemberita RTM di Laos.


(Pengarah Pusat Libatsama Antarabangsa (CIE) UniMAP, Profesor Madya Ir. Dr. Umi Fazara Md Ali)

Program selama empat hari di Vientiane, Laos itu turut disertai oleh 24 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.

Pelancongan merupakan industri yang pesat membangun di negara yang terkenal dengan jolokan Kingdom Of Lan Yam (million elephants) itu pasti memberi kenangan luar biasa kepada pengunjung yang bertandang ke negara itu.

 

Media Baharu