fb fb fb fb fb

Jelajah dua hari Fahmi Fadzil di Tawau dan Semporna bermula hari ini

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KOTA KINABALU, 18 Mei- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berada di Tawau sempena lawatan kerja Jelajah Ketersambungan selama dua hari ke daerah itu dan Semporna bermula hari ini.

Di Tawau, beliau akan meninjau pengoperasian menara telekomunikasi bawah Pelan Jalinan Digital Negara, JENDELA di Kampung Mangga Tawau.

Pada sebelah tengah hari, Fahmi akan meninjau projek Point Of Presence, PoP Pulau Bum Bum di Sekolah Kebangsaan Balimbangan.

Selepas program berkenaan, beliau akan menghadiri program Jiwa Madani di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum dan program Telehealth@ Nadi Pulau Bum Bum.

Lawatan kerja Jelajah Ketersambungan Menteri Komunikasi diteruskan ke Semporna pada sebelah petang.

Semalam, Fahmi meluangkan masa menghadiri majlis Apresiasi Eastern Sabah Security Command, ESSCOM-Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media di Tawau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE