MUAR, 23 Oktober - Jelajah Bandar Bersih Johor 2030 merupakan medium terbaik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai amalan kebersihan.
Selain membantu kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, PBT mencapai visi Bandar Bersih.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SW Corp Khalid Mohamed, jelajah juga bertujuan memaklumkan mengenai penguatkuasaan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.
" Sebenarnya itu pendekatan terakhir, bila segala usaha dilaksana seperti mendidik dan sebagainya, khidmat masyarakat itu salah satu pilihan terkahir untuk menyedarkan orang ramai , bukan untuk mengaibkan sebenarnya, " katanya yang ditemui selepas merasmikan Jelajah Bandar Bersih Johor 2030 di Muar.
Pindaan akta 672 yang dijangka berkuatkuasa awal tahun hadapan, memperuntukkan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam kepada pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam.
Sementara itu, SW Corp telah menjelajah sebanyak enam daripada 15 PBT di Johor sehingga kini.