fb fb fb fb fb

JBPM Terengganu siap siaga sempena TBC

FOTO HIASAN

KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menempatkan anggotanya dan jentera di Plaza Tol Perasing sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) ini.

Pengarah JBPM negeri Hassan Asa’ari Omar berkata, penempatan aset dan anggota sebagai siap siaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Lebuhraya Pantai Timur 2.

Katanya, Unit Bermotor Bomba turut ditempatkan bagi memudahkan maklum balas lebih cepat diambil semasa musim perayaan itu.

Dilaporkan juga terdapat 20 lokasi kemalangan maut yang dikenal pasti di Terengganu.

"Sepanjang Op Raya yang bermula 7 hingga 13 Februar ini, JBPM Terengganu Terengganu telah menempatkan di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Perasing satu jentera bomba, tiga motosikal dan satu EMRS ambulans bomba yang kapasiti anggotanya berjumlah 13 orang, untuk memastikan masa maklum balas kita cepat apabila berlakunya sebarang insiden di sepanjang lebuh raya," Hassan Asa’ari bercakap kepada media selepas merasmikan program kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Tahun Baru Cina 2024, di sini.

Beliau turut memaklumkan hanya 30 peratus daripada 806 pegawai dan anggota dibenarkan bercuti sempena perayaan kali ini.

Ops Tahun Baru Cina bermula 7 hingga 13 Februari.

TETITIA YUSOFF