fb fb fb fb fb

JBPM Pulau Pinang terima dua panggilan kecemasan susulan gempa bumi di Utara Sumatera

Pihak bomba menjalankan kerja pemantauan di lokasi / FOTO RTM

GEORGE TOWN, 11 Mei - Dua panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Susulan gempa bumi sederhana yang melanda Utara Sumatera petang tadi.

Panggilan diterima kira-kira pukul 5.15 petang itu melibatkan Taman Selatan, Jelutong dan sebuah hotel di Georgetown.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, memaklumkan pihak bomba telah menjalankan kerja pemantauan di lokasi terbabit sebelum mengesahkan keadaan selamat.

Tiada kerosakan struktur dilaporkan.

Operasi yang melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai itu tamat kira-kira pukul 5.52 petang dan 5.41 petang.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kenyataan berhubung gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera pada kedalaman 74 kilometer dengan 5.9 skala richter pukul 4.57 petang.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI