fb fb fb fb fb

JBPM Kedah sasar 315 premis diperiksa tahun ini

Sambutan Hari Pencegahan Kebakaran ini merupakan penganjuran julung kali oleh JBPM Kedah./RTM

LANGKAWI, 9 Oktober - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah menyasarkan sebanyak 315 premis akan diperiksa sepanjang tahun ini.

Ketua Bomba Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata sasaran itu realistik untuk dicapai berdasarkan prestasi pemeriksaan tahunan sebelum ini.

Beliau memaklumkan, sehingga Ogos tahun ini sebanyak 196 premis telah diperiksa, dan jumlah keseluruhan dijangka meningkat menjelang hujung tahun.

“Bilangan pemeriksaan pada 2021 ialah sebanyak 226 premis, meningkat kepada 255 pada 2022, 263 pada 2023, dan 270 pada 2024. Sehingga Ogos 2025, kita telah memeriksa 196 premis,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pencegahan Kebakaran Peringkat Negeri Kedah di Langkawi, hari ini.

Pada program berkenaan, alat pemadam api turut diagihkan kepada beberapa pemilik premis di pasar raya berkenaan sebagai langkah menggalakkan kesedaran keselamatan kebakaran.

Untuk rekod, sambutan Hari Pencegahan Kebakaran ini merupakan penganjuran julung kali oleh JBPM Kedah, dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah pencegahan kebakaran dan keselamatan diri.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI