fb fb fb fb fb

JBPM cadang letak aset di kawasan banjir

BALIK PULAU, 10 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bercadang untuk meletakkan aset di kawasan banjir bagi memudahkan pergerakan pasukan itu menghadapi bencana berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Bomba (Operasi) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, perkara itu disebabkan keadaan cuaca tidak menentu selain membantu pendudu terjejas banjir.

"Sekarang ini kita juga bercadang untuk meletakkan aset strategik yang berlaku banjir, supaya kita dapat bergerak lebih cepat ke lokasi banjir.

"Kita tidak mahu apabila berlaku banjir nanti kita tidak boleh menyelamatkan penduduk terjejas banjir. Kita mahu mendapatkan akses dengan lebih cepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Zon Utara 2023 di sini.

Nor Hisham berkata pihaknya kini di peringkat akhir dalam memohon bantuan daripada kerajaan untuk memberi kelonggaran melantik pasukan bomba sukarela.

Proses pelantikan bomba sukarela adalah menerusi Jabatan Pertubuhan Pendaftar dan pihak bomba dan penyelamat bakal menjadi pasukan utama dalam proses pendaftaran bomba sukarela dengan pindaan pada Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

(Nor Hisham Mohammad)

Media Baharu