fb fb fb fb fb

JBPM bantu pengurusan kebajikan anggota bomba diserang beruang

ALOR SETAR, 6 Februari- Pegawai dan anggota bomba termasuk pasukan bomba bantuan dan sukarela diingatkan sentiasa berhati-hati ketika melaksanakan tugasan dan mengutamakan keselamatan diri.

Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berharap kesemua yang terlibat terus bersemangat menjalankan tugas untuk masyarakat meskipun melibatkan tugasan yang jarang dihadapi.

Katanya merujuk kepada operasi menangkap beruang matahari yang sesat dari Gunung Jerai di Kampung Selengkoh Tengah Yan, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu seorang anggota bomba bantuan Mohd Nizam Hamid cedera diserang beruang terbabit.

Beliau berkata demikian ketika melawat Mohd Nizam di rumahnya di Kampung batu 11 Pulau Nyior, Kota Sarang Semut.

Datuk Nor Hisham memberi kata-kata semangat kepada anggota berkenaan.

(Foto fail)

Katanya pengurusan kebajikan Mohd Nizam akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan JBPM Kedah dalam menguruskan Mohd Nizam dan pihak hospital yang membantu memudahkan rawatan anggota.

Media Baharu