fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Dana lebih besar bagi rangsang industri pelancongan

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Penggiat industri pelancongan berharap dana lebih besar dapat diperuntukkan bagi aktiviti promosi dan galakan melancong ke Malaysia, di bawah Belanjawan 2023.

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negara (MITA), Uzaidi Udanis berkata langkah itu perlu bagi memastikan negara kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan, dalam pasaran pelancongan global yang semakin sengit.

Insentif bagi menyokong kelangsungan dan pemulihan peserta industri juga perlu diteruskan.

Ini termasuk bantuan kemudahan pinjaman khas dari pihak bank bagi membolehkan usahawan terlibat mengembangkan perniagaan.

"Kita tekankan juga insentif untuk bank supaya memberi bantuan kepada penggiat industri, apabila bank memberi bantuan, memberi pembiayaan untuk penggiat industri terus berkembang.

"Jadi mungkin pihak kerajaan boleh memberi satu insentif untuk pihak-pihak bank ini supaya menggalakkan mereka.

"Penggiat industri sudah sakit lama, sudah tiga tahun, kita perlu bangkit, kita perlukan satu bantuan ataupun pembiayaan yang khas," katanya.

(Uzaidi Udanis)

Beliau menyatakan demikian selepas menjadi tetamu program terbitan RTM di Angkasapuri.

Bajet 2023 sebelum ini mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk galakan, promosi dan pemasaran.

Sebanyak RM90 juta disediakan dalam bentuk geran sepadan untuk program seperti Geran Padanan Galakan Melancong (Gamelan) yang melibatkan kempen promosi dan pemasaran bersama industri.

Media Baharu