fb fb fb fb fb

JAS kompaun dua pemilik kenderaan di Bandar Baharu

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dalam Operasi Bersepadu di Bandar Baharu, Kedah / Foto RTM

BANDAR BAHARU, 12 Jun - Dua pemilik kenderaan dikenakan tindakan kompaun dan tiga Notis Arahan dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dalam Operasi Bersepadu di Bandar Baharu, Kedah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemilik kenderaan tersebut diarah menjalankan ujian semula di PUSPAKOM selepas tindakan pembetulan dilakukan.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencemar alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Beliau berkata, semasa operasi itu, sebanyak 63 buah kenderaan diesel telah diperiksa.

Operasi bersepadu itu turut disertai sepasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Operasi dijalankan di susur keluar Plaza Tol Bandar Baharu, Kedah.

Langkah tersebut sebagai usaha JAS bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ