fb fb fb fb fb

Jaringan kerjasama antara koperasi bantu stabilkan harga barangan keperluan

ISKANDAR PUTERI, 18 Februari - Koperasi seluruh negara diminta membantu menstabil dan mengurangkan harga barangan keperluan dengan bergabung mewujudkan rangkaian peruncitan besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan kekuatan keahlian yang mencecah seramai tujuh juta orang serta 14,000 koperasi berdaftar di seluruh negara, membolehkan koperasi memainkan peranan yang penting dalam mengawal harga barangan

"Kalau pemborong membeli produk secara pukal, tentu sahaja dapat harga pembelian lebih murah.

"Saya beritahu Tan Sri Noh, kalau mereka mahu jadi pengimport ayam sebagai contoh, kita beri permit import (AP) kepada pemborong, boleh bekalkan kepada kedai di bawah mereka," katanya Perdana selepas menghadiri Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di sini.

Tambah Ismail Sabri, selain koperasi, kerjasama itu juga boleh digabungkan bersama kedai di bawah kendalian FAMA dan juga FELDA.

Media Baharu