fb fb fb fb fb

Kerajaan serah kepada SPR tentukan SOP terbaik PRU Dewan Negeri Johor ke-15

ISKANDAR PUTERI, 18 Februari - Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan SOP terbaik menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15 tidak lama lagi.

Ini termasuk SOP melibatkan kempen setiap calon bertanding.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SPR sebagai badan bebas berhak untuk menentukan SOP sesuai tanpa campur tangan kerajaan.

"Saya pasti sebelum mereka umum SOP untuk PRU Dewan Negeri Johor, mereka berbincang dengan Kementerian Kesihatan, jadi kita tunggu".

"Saya pun tidak terlibat dari segi buat SOP dan sebagainya," kata Ismail Sabri dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di sini.

Beliau mengulas pandangan pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh bahawa cadangan untuk tidak mengadakan kempen secara bersemuka, wajar diteruskan.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Media Baharu