fb fb fb fb fb

Jaringan internet untuk sekolah kemas , K-KOMM kerjasama dengan KPLB

(Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media selepas mengagihkan Bubur Lambuk kepada 1,000 orang di Bazar Ramadan Peringat hari ini/BERNAMA)

KETEREH, 10 April - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedia jalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyalurkan
perkhidmatan capaian jaringan internet lebih baik di sekolah kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di luar bandar.

Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha itu merupakan salah satu teras kementeriannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan jalur lebar
dengan memperluaskan rangkaian gentian optik kesemua sekolah di luar bandar.

(Tan Sri Annuar Musa (kiri) mengagihkan Bubur Lambuk kepada 1,000 orang di Bazar Ramadan Peringat hari ini/BERNAMA)

"Saya mengalukan kerjasama itu kerana KPLB boleh bekalkan kepada kita lokasi tadika kemas kemudian kita minta skmm untuk buat penilaian tahap capaian internet di situ.

"Kita boleh berikan keutamaan kepad tadika kemas untuk naik taraf bekalan supaya anak-anak yang belajar di situ boleh gunakan peranti-peranti yang sesuai dan mengikuti program-program secara dalam talian yang sesuai dengan pembelajaran di peringkat tadika,” kata Annuar kepada wartawan selepas mengagihkan seribu bekas bubur lambuk di sekitar Pasar , di sini.

Jelas Tan Sri Annuar, kementerian sentiasa memberi tumpuan dalam menaiktaraf capaian internet bagi membolehkan pelajar di sekolah dan tabika mendapat akses sewajarnya.

Datuk Seri Mahdzir dalam kenyataannya memohon kerjasama K-KOMM untuk menjayakan Pelan Transformasi Digital Pendidikan AwalKanak-kanak melibatkan 700 buah premis tabika KEMAS tahun ini.

Media Baharu