fb fb fb fb fb

JAPEN pupuk kesedaran melalui Pertandingan Pengisahan Kenegaraan

KANGAR, 9 September- Pertandingan Pengisahan Kenegaraan yang dilaksanakan Jabatan Penerangan seluruh negara dilihat sebagai platform penting bagi memupuk kesedaran dan
menyuburkan semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama.

Usaha ini juga bagi mengajak kita untuk sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian dalam masyarakat bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara.

 
(Kumpulan Penglipur Indera Kayangan dari UniMAP,Johan menerusi naskah berjudul Rosli Dhobi)

Menurut Exco Negeri, Rozieana Ahmad, bagi generasi muda hari ini, mengenang kembali semangat pejuang negara dalam mempertahankan tanah air serta membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah perlu diberi penekanan.

Disebalik perkembangan teknologi hari ini dimana generasi muda banyak didedahkan dengan perkara negatif, usaha bagi menyemai semangat kenegaraan perlu diberi keutamaan agar generasi ini kenal asal usul.

"Perjuangan orang dahulu, tanpa ketokohan orang dahulu, tanpa apa yang mereka lakukan dahulu tak mungkin kita berada dalam keadaan yang begini baik. dalam kecemerlangan kita, dalam kemajuan kita di semua sudut dan semua aspek pendidikan, ekonomi dan sebagainya. jadi kecemerlangan itu harus dicapai oleh anak-anak muda kita khususnya golongan muda ini dalam mereka memahami apa itu perjuangan, mereka tahu apa yang perlu mereka perjuangkan dalam mengisi pasca kemerdekaan ini," katanya kepada media pada Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri di sini.

Kumpulan Penglipur Indera Kayangan dari UniMAP muncul Johan menerusi naskah berjudul Rosli Dhobi, dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, cenderamata dan sijil penyertaan.

Bagi kumpulan yang bakal mewakili Perlis ke Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, pihak JAPEN Perlis bersama Persatuan Seniman akan membuat penambaikan bagi melengkapkan kumpulan ini untuk bersaing.

"Perlis ada seorang juri profesional sebenarnya iaitu kalau kita kenal cikgu yaakob lah yang juga merupakan seorang seniman dan juga seorang pelakon juga. dan dia telah pun memberi komitmen kepada kita untuk membantu peserta-peserta ini dan telah pun pada ulasan tadi telah pun memberi sedikit tip dan mungkin dalam tempoh sebelum bertanding di peringkat kebangsaan, mungkin ada lagi ruang dimana mereka dapat lagi memberi sedikit kekurangan sana sini tapi dapat ditambah baik lagi," kata Pengarah JAPEN Perlis, Azrul Hasan di sini.

Media Baharu