fb fb fb fb fb

Sindiket seleweng diesel tumpas - KPDNHEP

SEBERANG JAYA, 7 September- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyita 1,810 liter minyak diesel bernilai RM3,892 selepas menumpaskan satu kegiatan penyelewengan di stesen minyak yang terletak di Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Negeri Pulau Pinang, A. Mogan berkata hasil aduan orang awam pihaknya telah menjalankan serbuan ke atas lori yang sedang membuat pengisian dalam keadaan meragukan pada jam 6.45 petang semalam.


(Pegawai KPDNHEP membuat tinjauan dan serbuan di sini)

"Saya difahamkan modus operandi oleh orang yang disyaki yang ditahan tadi petang dia sendiri membuat pengakuan bahawa dia bekerja untuk orang dan dia diupah oleh seorang majikan yang tidak diberitahu nama apabila ditanya dia kata dia ada bos. Dia dibayar RM5,000 untuk membuat pembelian minyak dalam RM5,000 dia mampu boleh membuat sebanyak dalam anggaran 2,500 litter dan kementerian telah meletakkan syarat bahawa setiap kenderaan yang boleh isi minyak di stesyen minyak adalah 250 litter sekali pembeliaan sehari. Maka dia membuat kutipan di 10 stesen minyak yang berhampiran dan kemudian dia akan hantar ke tempat stor bos dia dan dia akan dapat upah RM200 bagi tujuan tersebut," katanya.

Ketika serbuan dilakukan didapati seorang lelaki sedang membuat pengisian minyak diesel ke dalam tangki asal lori berkenaan.

Pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan mendapati terdapat sebuah tangki minyak yang diubah suai dan diletakkan di atas lori tersebut.

Minyak yang diisi di dalam tangki asal akan dipam masuk ke dalam tangki tambahan dengan menggunakan motor pam.

Modus operandi sindiket ini dengan membuat pembelian dari satu stesen minyak ke satu stesen minyak.

Turut disita sebuah lori beserta tangki tambahan dengan keseluruhan rampasan bernilai RM69,192.70.

LelakiĀ  berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan lanjut.

KPDNHEP amat mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan dari orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

Media Baharu