fb fb fb fb fb

Jangan dipolitikkan Hari Kebangsaan- Ahmad Zahid

(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

PUTRAJAYA, 20 Ogos- Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak seharusnya dipolitikkan.

Tegas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hari Kebangsaan adalah acara nasional yang wajar disambut secara bersama.

"Ini bukan soal politik, sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan dan ini adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini. Saya rasa ia tidak boleh jadi ahli parlimen kalau sikapnya terlalu jumudnya begitu, jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan", katanya.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada
Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri Tahun 2023 di Putrajaya/BERNAMA)

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang dilaporkan, akan menyambut Hari Kebangsaan menggunakan logo dan tema berbeza di empat negeri ditadbir mereka.

Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi.


Media Baharu