fb fb fb fb fb

Jangan cemas pesawat terbang rendah

IPOH, 4 Oktober - Orang ramai tidak perlu cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melaksanakan persiapan bagi Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut yang akan berlangsung pada 10 Oktober dengan persembahan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM.

"Ia akan melibatkan penerbangan taktikal paras rendah beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter milik ATM, disertai demonstrasi melibatkan bahan letupan.

"Raptai atau latihan bagi persiapan acara ini akan bermula esok," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, orang ramai turut dijemput ke Karnival Hari ATM 2023 di Pangkalan TLDM Lumut pada 13 hingga 15 Oktober dengan pelbagai aktiviti serta pameran ditampilkan, yang melibatkan cabang Darat, Laut dan Udara dalam ATM.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Media Baharu