fb fb fb fb fb

Jangan abai pengundi baharu - Ismail Sabri

(Kira-kira 6,000 penyokong hadir pada Majlis Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran peringkat Pahang)

BERA, 27 Oktober- Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak mengabaikan tangggungjawab kepada hampir lima juta pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran peringkat Pahang dan pelancaran jentera BN Pahang, di Laman Kerayong, Bera, Pahang.

Menurut Ismail Sabri, kebanyakan daripada pengundi muda adalah daripada pengundi tidak berparti.

Justeru beliau mahu sesi libat urus bersama mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menyokong BN.

Beliau turut menambah, "pengundi muda ini tidak tahu arah sokongan mereka, sebab itulah libat urus perjumpaan dan sebagainya perlu diadakan dengan kumpulan pengundi baharu."

Peringatan kepada mereka yang bakal bertanding atas tiket BN perlu menjadikan PRU14 sebagai rujukan.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Bendahari Agung Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kira-kira 6,000 penyokong menghadiri program itu.

(Ismail Sabri pada majlis pelancaran jentera BN Pahang)

Media Baharu