fb fb fb fb fb

'Jammed Squad' tangani kesesakan trafik

'Jammed Squad' Polis Trafik Melaka tangani kesesakan lalu lintas waktu puncak.-Gambar fail BERNAMA

MELAKA, 14 Oktober- 'Jammed Squad' yang diperkenalkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka sebagai inisiatif melancarkan penyuraian trafik.

Ia sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama sekitar negeri itu, khususnya pada waktu puncak.

Menurut Ketua JSPT Melaka Supt Roslan Mohamed @ Ab Aziz, pasukan khas yang dilancarkan pada Jumaat lepas itu juga bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lokasi terbabit.

"'Jammed Squad' yang ditubuhkan akan menjalankan pemantauan di lokasi yang dikenal pasti sebagai laluan utama kenderaan, dan anggota yang terlibat akan membantu mengawal serta menyuraikan aliran trafik.

"Pemantauan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama akan dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 7 pagi hingga 8 pagi dan 4.45 petang hingga 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata bagi hujung minggu dan cuti umum, pemantauan akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga aliran trafik kembali lancar.

Pengguna boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas atau kemalangan jalan raya di media sosial JSPT Melaka iaitu di Facebook (JSPT Melaka) dan TikTok (Jsptipk_melaka).

Trainee