fb fb fb fb fb

Jamin bekalan ayam mencukupi

(Ladang ternakan ayam milik Zulkifli Mod Nor mampu menjana kapasiti pengeluaran
60,000 ekor ayam satu pusingan/FOTO FB Ronald Kiandee)

MACHANG, 2 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memperincikan penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara melalui tahap pengoperasian ladang pada tahap yang optimum demi menjamin bekalan ayam yang berterusan.

Menurutnya, keperluan itu bagi membolehkan perspektif industri dilihat secara lebih dekat sekali gus memastikan bekalan dan kelangsungan pengeluaran ayam negara stabil dan mencukupi.

"Di samping itu, pihak kami juga boleh mendapatkan maklumat secara langsung daripada penternak mengenai isu atau permasalahan yang dihadapi.

"Penternak dan pengusaha ladang penternakan ayam menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara melalui tahap pengoperasian ladang pada tahap yang optimum demi menjamin bekalan ayam yang berterusan," katanya selepas lawatan kerja di ladang penternakan ayam di Kampung Dalam Huma, Labok, di sini, hari ini.

(Ronald Kiandee melawat ladang ternakan ayam yang diusahakan oleh Zulkifli Md Nor
bersama isterinya sejak 30 tahun yang lalu, di Labok, Machang, Kelantan/FOTO FB Ronald Kiandee)

Kerajaan juga berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup.

Di samping itu, pengimportan stok penimbal ayam juga sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan jumlah kapasiti keseluruhan sebanyak 4,536 tan metrik menjelang penghujung bulan ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan terus komited memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dengan meneruskan pemberian subsidi supaya bekalan dalam pasaran sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan.

Media Baharu