fb fb fb fb fb

Jambatan Tok Pasai: Ikon pelancongan baharu Kedah 2025

Exco Pelancongan Kedah Datuk Salleh Saidin

KUALA KEDAH, 31 Disember - Jambatan Tok Pasai, di sini menjadi ikon tarikan terbaharu pelancongan di negeri Kedah sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Exco Pelancongan Kedah Datuk Salleh Saidin berkata, jambatan itu diberikan pencahayaan berwarna warni bagi menarik minat untuk dikunjungi pelancong atau melihat dari jauh keunikan kecantikannya apabila waktu malam.

Pembinaan landskap pencahayaan dengan kos lebih RM20,000 tersebut bagi memberi keceriaan sekali gus mengangkat Kuala Kedah sebagai salah satu produk pelancongan di Kedah.

"Ini adalah satu ikon kepada pekan Kuala Kedah ini sendiri jadi sudah tentunya, saya berhasrat sebelum ini pencahayaan  di Jambatan Tok Pasa ini dan ini juga cerminan kepada kesungguhan kerajaan negeri untuk mengangkat daerah Kuala Kedah ini sebagai destinasi penting dalam industri pelancongan di negeri Kedah ini," kata Salleh, ketika merasmikan Jambatan Tok Pasai, di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyasarkan tujuh juta pelancong dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Kedah termasuk sasaran 3.5 juta pelancong memilih untuk ke Langkawi.

Persiapan Tahun Melawat Kedah 2025 berjalan lancar  dan berharap pelancong dapat menikmati dan mengecapi keindahan dan keseronokan apabila datang ke Kedah.

TETITIA YUSOFF