fb fb fb fb fb

Jalan Pantai Siring akan dibaiki, dinaik taraf

JASIN, 28 Mei - Kerajaan negeri Melaka akan menambah baik beberapa infrastruktur di kawasan Pantai Siring yang kini menjadi lokasi tumpan pelancong.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Zaidi Atan berkata kerja-kerja penambahbaikan termasuk membaiki dan menaik taraf jalan di pantai berkenaan.

"Proses untuk membuat jalan baharu dan pengambilan tanah telah pun selesai. Saya telah pun memohon dari Kementerian Kewangan untuk membina jalan baharu daripada jalan utama ke Pantai Siring dengan kos lebih kurang RM40 juta," katanya ketika ditemui RTM di sini, hari ini.

"Saya pun difahamkan oleh Exco Kerja Raya bahawa pembinaan jalan itu termasuk dalam 10 keutamaan negeri, " katanya lagi.
 
Beliau juga memaklumkan Melaka Corporation (MCorp) bercadang untuk membangunkan restoran terapung yang turut menawarkan perkhidmatan membekukan hasil laut khusus untuk pelancong luar Melaka mendapatkan hasil laut segar.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN