fb fb fb fb fb

Perkenal perundangan AI baharu, beroperasi secara bebas, ubah teknologi terkini - PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chin pada Forum Ekonomi Fortune Asean-GCCh di ibu negara hari ini / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Mei -Perundangan baharu wajar diperkenal bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas, tanpa perlu tertakluk kepada undang-undang negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun undang-undang kini adalah bagi melindungi kedaulatan negara, undang-undang baharu perlu digubal untuk mengubah teknologi terkini.

"Bolehkah kita mengelak AI? Tidak, kita tidak boleh, tetapi ini adalah cabaran kita, khususnya bagi kepimpinan negara, untuk memastikan pendidikan (dan) penerapan nilai untuk memberitahu apa yang betul dan apa yang salah, apa yang adil (daripada) apa yang menindas."

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel pada Forum Ekonomi Fortune Asean-GCC 2025 di sini pagi tadi.

Tambahnya, kerajaan akan menyelesaikan isu kedaulatan digital dengan meletakkan undang-undang yang sewajarnya.

"Saya berazam untuk berusaha sekeras mungkin, tetapi saya juga sedar bahawa pemahaman kita tentang nilai dan asas pengetahuan kita tidak boleh ditentukan oleh satu masyarakat atau nilai tertentu," katanya.

Ini perlu diselesaikan melalui pendidikan dan pemikiran kritis, tambahnya.

Forum yang dihoskan bersama oleh Malaysia dan Fortune, memberi tumpuan kepada menangani cabaran ekonomi global dan membentuk penyelesaian dasar yang inklusif dan mampan untuk masa depan bersama.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN