KUALA LUMPUR, 16 April- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Public Service Resilience Champion 2025’ atas kejayaan melaksanakan transformasi digital bagi semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardhu Ain, atau UPKK, melalui platform AWS Cloud.
Menerusi kenyataan di media sosial, dengan lebih 240 000 calon mendapat akses keputusan secara masa nyata, sistem itu kekal stabil walaupun menerima trafik yang tinggi.
"Antara pencapaian utama inisiatif ini termasuk penurunan masa respons sistem sehingga 80 peratus, peningkatan tahap keselamatan data dan penjimatan kos operasi dalam jangka masa panjang," kata kenyataan itu.
Transformasi digital itu dilaksanakan berteraskan prinsip ‘JAKIM untuk Ummah’, yang menzahirkan komitmen jabatan itu dalam memperkasa perkhidmatan berkualiti, efisien dan berimpak tinggi demi manfaat rakyat serta ummah.